Wednesday, 12 June 2013


Patin Masak Tempoyak Resepi Orang Kampung Pahang



Assalamualaikum.
baru2 ini kami pergi ke Temerloh ada kenduri kawan dekat sana. Jadi dah sampai kat Temerloh ni kami try la makanan yang popular dekat negeri Pahang iaitu gulai tempoyak ikan patin memang popular dekat Temerloh ni...perrrhhhh!!!!!!
memang sedap bak hang...oop!!! sampai terkeluar cakap utara...heheheh


Ikan Patin Masak Tempoyak
Resepi : pakat mai makan


Bahan :
1 ekor ikan patin 
5 biji cili padi - nak pedas letak lebih
1 inci kunyit hidup
3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih 
1kuntum bunga kantan - belah 2 
sedikit daun kesum 
1 keping asam keping jika perlu 
garam secukup rasa

Cara :
Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yg diingini.
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa @ asam limau. 
Mas rendam ikan patin dengan cuka kurma.
Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.
Tumbuk cili padi dan kunyit.  
Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk dan bunga kantan. 
Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan patin. Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.
Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keeping.

Thursday, 23 May 2013

Makanan Tradisi Kaum Kadazandusun di Sabah



Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini. Dalam entri ini, saya menyenaraikan beberapa makanan tradisi bagi suku kaum kadazandusun.


Hinava

Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum KadazanDusun di Sabah. Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi). Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.


Noomsom
            ikan (sada)                                tuhau (sejenis ulam)                     bambangan (buah)
Noonsom dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan Noonsom Bambangan (buah).
Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum dihidangkan.
Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.
Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

Pinaasakan
Pinaasakan merupakan sejenis hidangan yang dihasilkan dengan menggunakan isi ikan (ikan air tawar/ikan air laut). Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih sehingga air hampir kering.

Bosou
Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-DusunSabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang atau daripada daging mentah hasil perburuan.
Cara Pembuatan:
Bosou disediakan daripada daging atau ikan mentah yang akan digaul bersama-sama dengan nasi putih, garam, dan buah. Ia juga boleh ditambah dengan buah nangka, nenas muda, dan tuhau bagi menambah perisa. Batang pisang atau 'polod' juga kadang-kala dicampurkan kepada bosou ini. Pangi iaitu sejenis bahan pengawet juga boleh ditambah untuk mengelakkannya daripada menjadi basi dan berbau busuk.
Campuran ini kemudiannya akan diperam di dalam bekas dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Sekiranya nasi yang digunakan baru di masak, campuran itu akan dibiarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum disimpan. Bosou biasanya disimpan dalam bekas tertutup kemas dan kedap udara.
Oleh kerana bosou mempunyai bau yang kuat, biasanya bekas menyimpan bosou dibuat kedap udara. Ini bagi mengelakkan ia menarik dan dicemari lalat dan bagi mengelakkan pertumbuhan fungi. Bekas tradisi bagi menyimpan bosou adalah botol berbentuk labu yang ditutup dengan lilin lebah. Bekas tradisi lain termasuk kakanan (tajau), tetapi kini ia telah digantikan dengan bekas plastik dan botol kaca. Biasanya bosou disimpan selama lima sehingga tujuh hari sebelum dihidangkan.
Bosou boleh dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih dahulu. Bosou biasanya dimasak bagi menghilangkan bau dan bagi menambah perisanya. Bawang, cili , dan bahan lain boleh ditambah bagi menambah perisa semasa memasak. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati bersama nasi putih bersama bosou ini, sama seperti hidangan budu atau tempoyak yang terdapat di semenanjung Malaysia.

Tuhau
           batang tuhau                                       hidangan                                boleh juga dijual
Tuhau adalah sejenis makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun yang diperbuat daripada tumbuhan E. coccinea (nama saintifik). Tuhau banyak terdapat di Tambunan, Ranau dan Keningau, Sabah. 
Batang tuhau yang baru diambil akan dihiris atau dihancurkan. Biasanya tuhau akan dicampurkan dengan cili merah dan cuka untuk menambahkan rasanya. Tuhau boleh dihidang sebagai makanan tambahan pada bila-bila masa.

Sup Manuk Lihing (Sup Ayam Lihing)
Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah.
Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.
Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.

Makanan Tradisi Kaum Cina


Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.

BAK KUT THE
Bak Kut The (肉骨茶) secara harfiah bermaksud “Daging Bone Teh”. Ini masakan yang unik popular di Malaysia. Ini sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum sup siap dengan bermacam-macam jamu.Ini biasanya dimakan dengan nasi putih, ditemani secangkir teh China.

LOK-LOK
Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.

CHAR KWAY TEOW
Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.

KUIH BAKUL
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kantonis dari Guangdong.

JIAOZI
Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang China sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan makanan tradisional masyarakat China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal, iaitu “Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang China berkumpul, mereka akan makan, dan Jiaozi merupakan makanan utama. Lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baru China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum masuknya Tahun Baru mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti “Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”. Satu sebab yang lain memakannya ialah Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis inti ke dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan tiba itu.Pada masa dahulu, taraf hidup rakyat masih kurang tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat membahagiakan mereka. Sekarang, dengan meningkatnya taraf hidup rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan biasa sahaja. Buatan Jiaozi terdiri daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-lain. Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan hilang. Suhu air untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk lain. Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang sangat sedap dimakan.Memasak Jiaozi ada pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng, manakala direbus merupakan cara yang paling popular.Membuat Jiaozi tidak sukar. Biasanya dua orang mampu membuat Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam masa lebih kurang sejam sahaja. Di pasar raya juga terdapat Jiaozi yang dibuat menggunakan mesin. Namun, Jiaozi yang disejuk beku dengan cepat. Ini rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan tangan kerana kulitnya lebih tebal.Orang China suka makan Jiaozi yang dicelup sedikit cuka atau kicap yang dicampur dengan sedikit minyak bijan. Rasanya menjadi lebih sedap. Ada juga yang mencampurkan sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung kepada selera masing-masing.untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian yang penting dalam budaya makanan China.

KUIH BULAN
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

CHOU ZHI TOU
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

PENG BING
Ia merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah memperbaharui dan mengubah bentuk dan rasanya seperti yang kita lihat di atas. Rupanya yang berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi masih menggunakan tepung yang sama cuma intinya lebih sedap lagi.

GUANG BING
Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba .

GAN PAN MIAN
Nama lainnya ialah Kampua. Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat Foochow yang mana ianya sedap, murah dan di sukai oleh masyarakat tempatan. Harga sepinggan Gan Pan Mian adalah sekitar RM1.50 sahaja.  Bahan-bahan nya terdiri daripada mee, minyak khinzir, daun bawang, bawang goreng dan bak kut teh.

DING BIAN HU
Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.
Makanan Tradisional di Malaysia
Memandangkan sekolah dah mula buka ana teringatlah sewaktu ana tolong siapkan folio kajian tempatan anak ana semasa berada di sekolah rendah dahulu...Tajuknya Makanan Tradisional di Malaysia ...punyalah sibuk hampir seminggu untuk menyiapkan projeknya kerana terpaksa menGoogle cari bahan-bahan dan foto-foto untuk di selitkan ..Oleh itu ana mendapat ilham untuk membuat satu entri untuk pelajar-pelajar mendapatkan serba sedikit bahan sekiranya hendak menyiapkan tugasan berkaitan Makanan Tradisional di Malaysia... apa yang ana kongsikan disini adalah hasil pemerhatian dan pengetahuan ana yang tak seberapa ini..

Makanan Tradisional Kaum Melayu di Malaysia:

Boleh dikatakan makanan tradisional untuk kaum-kaum di Malaysia ini kebanyakannya disajikan semasa perayaan-perayaan utama sesuatu kaum ataupun sebagai hidangan harian keluarga.Ia terdiri daripada makanan utama dan juga kuih muih untuk dijadikan pencuci mulut...Disini ana kelaskan kepada dua kategori:

Juadah Perayaan khasnya pada Hari Raya:

Antara juadah utama yang disediakan oleh kaum Melayu di Malaysia ini untuk menyambut perayaan Hari Raya samada Aidil Fitri atau Aidil Adha ialah lemang,ketupat pulut atau ketupat nasi.Ia merupakan makanan utama yang dimakan bersama rendang ataupun serunding.Bahan asasnya ialah beras pulut atau beras biasa yang di masak dengan teknik membakar didalam buluh atau merebus didalam kelongsong daun palas atau daun kelapa untuk dijadikan ketupat dan lemang.
Ketupat nasi , lemang dan ketupat daun palas
Makanan ini akan dimakan bersama rendang,kari atau serunding yang mana bahan asasnya ialah samada daging lembu,daging kambing,ayam atau kerang dimasak dengan rempah ratus untuk dijadikan rendang,kari ataupun serunding.

dari kiri atas:rendang ayam,rendang kerang.bawah kiri serunding dan rendang daging
Selain makanan utama,kaum Melayu juga menyediakan kuih muih tradisional yang agak popular di Malaysia ini seperti kuih bahulu,kuih karas,kuih siput,batang buruk dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun kebanyakan kuih-kuih tradisional ini telah digantikan dengan kuih-kuih moden yang jauh lebih enak dan mudah untuk disediakan.Kuih-kuih tradisional ini ada yang disediakan dengan kaedah membakar dan menggoreng dengan bahan-bahan utama seperti tepung,gula,telur dan lain-lain lagi.

Kuih batang buruk,kuih bahulu,kuih karas dan putu kacang.

Kaum Melayu juga sering menyajikan sejenis manisan yang dibuat untuk perayaan utama mereka samada wajik ataupun dodol.Wajik dibuat dari beras pulut yang telah ditanak dikacau dengan gula merah dan santan manakala dodol pula dibuat dari tepung pulut,santan dan gula yang dikacau berjam-jam diatas api sehingga pekat.

dodol dan wajik

Juadah sajian harian:

Untuk juadah harian makanan utama kaum Melayu di Malaysia ini ialah nasi putih yang dimakan bersama sayur-sayuran ,lauk pauk dan sambal.Memandangkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini terdapat campuran elemen pelbagai bangsa didalam masakan juadah harian kaum Melayu di sini.Oleh itu ana ingin lebih tekankan kepada juadah kuih-kuih tradisional Melayu yang lebih cenderung dengan unsur-unsur kemelayuannya.

Antara yang agak terkenal ialah juadah kuih-muih yang lemak dan manis seperti kuih seri muka,lompang,abuk-abuk sagu dan lain-lainnya yang menggunakan bahan-bahan utama seperti santan,gula melaka,tepung,kelapa parut dan sebagainya.

tepung pelita,lompat tikam,lompang,abuk-abuk sagu,koci,tepung gomak dan seri muka.
Ada juga kuih-kuih tradisional Melayu di sini yang agak pedas dan dibakar dalam daun pisang untuk disediakan seperti sata yang terkenal di Trengganu dan juga kuih pulut panggang.Sata menggunakan isi ikan yang dicampur bahan-bahan pedas dan kemudian dibalut daun pisang serta dibakar manakala pulut panggang menggunakan pulut yang telah ditanak atau dikukus dicampur dengan kelapa yang digaul dengan sambal serta dibalut daun pisang sebelum dipanggang di atas api perlahan.

Sata dan pulut panggang
Satu lagi makanan tradisional Melayu yang jarang diketengahkan ialah tapai..Tapai boleh dibuat dari pulut ataupun ubi kayu yang direbus kemudian dicampurkan ragi sebelum diperam untuk beberapa hari dan boleh dimakan.

tapai pulut dan tapai ubi kayu
Sebenarnya masih banyak lagi makanan tradisional Melayu yang boleh dikongsikan cuma setakad ini sahaja yang dapat ana coretkan diruang ini untuk kita lebih mengenali makanan tradisional kaum-kaum lain pula yang terdapat di Malaysia.

Makanan Tradisional Kaum Cina di Malaysia:

Sekarang kita beralih pula tentang makanan tradisional kaum Cina di Malaysia yang pernah ana baca dan ketahui serba sedikit.Ana bahagikan kepada dua iaitu makanan harian dan makanan sempena perayaan mereka.
Makanan Harian Kaum Cina di Malaysia:
Mereka lebih gemar makan mi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan teknik masakan seperti di goreng,mi rebus,mi sup,mi hailam dan macam-macam lagi.Dan yang paling terkenal di Malaysia ini yang juga telah menjadi makanan pelbagai kaum lain disini ialah Char Koey Tiaw dan Mi Sizzling..

char koey tiaw & yee mee sizzling
Kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi memasak bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar memakan makanan laut dan manisan.Nasi ayam juga merupakan makanan tradisional kaum Cina yang kini di gemari oleh semua kaum di Malaysia.
Bubur nasi dan lauk pauk serta sayuran
Salah satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita ialah Tang Yuan.Sejenis manisan dari beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur .Terdapat juga popia yang dikenali sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari keturunan kaum Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini.
Tang Yuan & Spring Roll

Makanan sempena perayaan kaum Cina di Malaysia:
Seperti kaum-kaum lain mereka juga mempunyai perayaan-perayaan tersendiri dan seringkali dikaitkan dengan makanan utamanya seperti..
Tahun Baru Cina:
Antara juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada merea.Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan pelbagai lauk pauk yang enak-enak.Disamping itu mereka juga menyediakan kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.

Yee Sang
Kuih Bakul,kuih bangkit,kuih kapit & limau Mandarin
Kuih Chang ataupun Zongzi pula dimakan dan disediakan untuk meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.Ia dibuat daripada beras pulut yang diisi inti dan dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan digantung untuk dikeringkan.
Akhir sekali ana juga sempat menGoogle sedikit maklumat tentang kuih Bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke 15 bulan ke 8 kalender lunar.Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin.Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk dimakan oleh orang Melayu disini.
Kuih Bulan

Makanan Tradisional Kaum India di Malaysia:
Satu lagi kaum yang utama di Malaysia ialah kaum Indian yang mewarnai kepelbagaian tradisi di sini.Kebanyakan makanan tradisional kaum India ini berasaskan rempah ratus yang merupakan elemen penting dalam masakan mereka.Seperti kaum Cina makanan orang-orang India juga kini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat disini samada untuk sarapan pagi,makan tengahari ataupun sebagai pencuci mulut...
Makanan Harian Kaum India di Malaysia:
Ana mulakan dengan sarapan pagi kerana memang agak popular dikalangan masyarakat Malaysia ini makan sarapan bagi dengan menu-menu makanan tradisi India seperti roti canai,tosei,capati,puri dan nan yang dimakan bersama kuah kari,kuah dal dan sambal tumis atau sambal kelapa..Menu-menu ini boleh didapati di kedai-kedai dan restoran-restoran mamak diserata tempat.
Menu sarapan pagi kaum India di Malaysia
Untuk makan tengahari pula kaum India memang gemar makan makanan yang pedas dan berkari dari daging kambing ataupun ayam.Rempah ratus memang satu kemestian didalam masakan mereka.Antaranya yang popular ialah nasi di atas daun pisang dengan kari kepala ikan atau kari daging kambing atau kari ayam dengan popedum dan sayur-sayuran dan juga nasi briyani..
Makanan nasi kaum India di Malaysia
Makanan tradisional untuk perayaan Deepavali kaum India di Malaysia:
Selain dari menu-menu di atas yang di masak untuk makanan harian mereka juga menyediakannya untuk perayaan Deepavali disamping beberapa jenis juadah kuih-muih yang disajikan untuk tetamu yang datang bertandang seperti murukku,candi kelapa,laddu dan macam-macam lagi dengan kepelbagaian rasa.Ada yang manis dan ada yang pedas.
Kuih muih tradisional kaum India di Malaysia
Oklah sampai disini sahaja yang dapat ana rumuskan tentang makanan tradisional kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia ini.Sekiranya terdapat apa-apa fakta yang tidak tepat ana mohon maaf terlebih dahulu kerana apa yang ana tuliskan disini adalah berdasarkan pengalaman peribadi,pembacaan dan dari Google Search di internet.Sekalung terima kasih kepada Google Image khasnya rakan-rakan blogger dan website yang mana telah ana pinjam foto-foto dari sana.

Nasi Lemak

> Nasi lemak adalah hidangan yang dijual di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Thailand Selatan. Di Kuala Lumpur, hal itu disebut hidangan kebangsaan, warisan kebangsaan Malaysia. Hal ini tidak menjadi bingung dengan Nasi Dagang dijual di pantai timur Malaysia atau Terengganu dan Kelantan walaupun kedua-dua pinggan boleh biasanya dijumpai dijual berdampingan untuk sarapan. Namun, kerana fleksibiliti yang Nasi lemak di dapat dilayani dalam berbagai perilaku, sekarang disajikan dan dimakan setiap saat sepanjang hari. Ada hidangan sejenis di Indonesia disebut nasi Uduk.

 > Secara tradisional, ini datang sebagai sepiring makanan dibungkus daun pisang, dengan hirisan timun, teri kering kecil (ikan bilis), kacang goreng, telur rebus, dan panas pedas sos (sambal) pada intinya. Sebagai makanan yang lebih substansial, nasi lemak juga boleh datang dengan pelbagai menyertai lain seperti ayam, cumi-cumi, kerang, aduk goreng convolvulus air (kangkung), sayur-sayuran acar (achar), daging lembu rendang (daging lembu rebus dalam air kelapa dan rempah-rempah) atau paru (paru-paru lembu). Secara tradisional kebanyakan iringan yang pedas di alam.

 > Nasi lemak secara meluas dimakan di Malaysia, bahkan sebagai hidangan disajikan di sekolah-sekolah Malaysia. Nasi lemak adalah hidangan sarapan biasa, pagi-pagi dijual di warung pinggir jalan di Malaysia, di mana ia sering dijual dibungkus dalam surat khabar, kertas coklat, atau daun pisang. Namun, ada restoran yang menyajikannya di atas piring sebagai makan siang atau malam hari, sehingga memungkinkan untuk hidangan yang akan dimakan sepanjang hari. Nasi lemak kukus yang bermaksud lemak nasi panas adalah nama lain yang diberikan kepada nasi lemak yang dihidangkan dengan nasi panas.

Bahan-bahan:

Beras:

--Susu kelapa
--2 cawan beras
--3 daun pandan
--Garam secukupnya
--1 tin kecil santan(ukuran 5,6 oz)
--Beberapa air Tamarind juice:
--1 cawan air
--Asam pulp(saiz bola ping pong kecil)

Sambal ikan bilis:

--½ bawang merah
--1 cawan ikan bilis( teri kering)
--1 siung bawang putih
--4 siung bawang merah
--10 cabe kering
--1 sudu teh belacan( pasta udang)
--¼ sdt garam
--1 sudu makan gula

Bahan-bahan lain:

--2 telur rebus(potong setengah)
--3 ikan kecil (sardine atau berbau ikan)
--1 kecil mentimun ( dipotong dan kemudian empat)

Cara-cara membuatnya:

Cuci dan tariskan nasi.Tambahkan santan,sedikit garam dan air.
Tambah daun pandan ke beras dan memasak nasi.
Bilas kering teri dan mengalirkan air.
Goreng teri sehingga mereka berpaling coklat muda dan sisihkan.
Tumbuk pasta udang bersama-sama dengan bawang merah,bawang putih,cili kering dan buang bijinya dengan mortar dan alu. Anda juga boleh menggiling dengan food prossesor.
Iris bawang merah ke dalam cincin. Rendam bubur asid dalam air selama 15 minit.
Memerah asam terus menerus untuk mengekstrak rasa ke dalam air.
Tiriskan pulp dan menyimpan jus asam.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bumbu yang sudah dihalus kan sampai harum.
Tambah di onion ring.
Tambah just asam,garam dan gula Didihkan dengan api kecil sampai sos mengental.Sisihkan.
Bersihkan ikan kecil,potong separuh dan musim dengan garam.
Goreng hingga warna keemasan.
Potong timun menjadi hirisan dan kemudian empat menjadi empat bahagian kecil.
Angat nasi santan dikukus dan tuangkan beberapa sambal ikan bilis di atas beras.

Epok-epok Kentang

> Epok-epok merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia datang dalam beberapa rasa, bergantung pada bahagian dalam pengisian. Bahan utamanya adalah daging dan kentang mengisi sus. Ubi sering digunakan sebagai mengisi semburan, kadang-kadang mengisi ubi keledek juga digunakan. Nama boleh dikaitkan dengan semprotan mengisi, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan. Kadang-kadang sekarang, semprotan mengisi boleh digunakan dengan lada hitam.

> Di Johor, kari puff, lebih dikenali sebagai zaman-zaman. Dalam bahasa Inggeris, disebut Curry Puff, tetapi perbezaannya adalah bentuk Curry Puff tidak selalu seperti puff. Juga, perbezaan dalam hal pembuatan puff pastry dan Curry Puff tidak sama. Ganda dalam semburan seperti corakan disebut jahitannya.


Bahan-bahan:
Tepung:

--400g tepung gandum(diayak)
--½ sdt garam
--175g magerin
--180 ml air sejuk

Isi:

--200g fillet ayam,potong dadu
--1 bawang merah, potong dadu
--200g kentang, potong dadu
--2 sudu besar serbuk kari daging, dicampur dengan air yang cukup untuk membentuk menlitikan 
--1 batang daun kari, gunakan daun hanya
--2cm batang kayu manis
--1 bintang jintan
--120ml air
--Garam dan gula secukupnya
--½ butir sdt kaldu ayam

Cara-cara membutanya:
Untuk mempersiapkan pengisi, panaskan minyak dan goring bawang hingga lembut.
Tambah daun kari, kayu manis, bunga lawang dan serbuk kari dan tumis selama 1-2 minit.
Tambah kentang dan tumis selama 2-3 minit.
Masukkan ayam dan tumis selama 1-2 minit tambahan.
Tuang air dan campuran dalam bumbu.
Tutup dan masak hingga kentang lembek dan mengisi kering.
Masukkan tepung diayak dan garam ke dalam mangkuk pencampuran.
Gosokkan magerin ke dalam tepung hingga menyerupai remah roti halus.
Buat lubang di tengahnya dan tambah air sejuk untuk mengikat.
Terbalikkan kuih ke atas permukaan meja berupa serbuk dan giling ke ketebalan untuk mengikat.
Terbalikkan kuih ke atas permukaan meja berupa serbuk dan giling ke ketebalan ¼ cm.
Potong menjadi bulat dengan adonan. Letakkan sudu mengisi pusat setiap pusingan kuih.
Lipat kuih ke stengah melampirkan mengisi.
Kelim beralur tepi.
Goreng kari puff dalam minyak panas sampai berwana keemasan.
Tiriskan di atas ketas penyerap dapur hancur.
 
Kuih Bahulu

> Kuih Bahulu merupakan makanan Melayu tradisional biasanya sangat popular, terutama pada hari cuti dan hari orang ramai.


> Umumnya kuih bahulu terdiri daripada tiga jenis kuih yang merupakan dikenakan bahulu kecil bahulu, lapisan bahulu bahulu and roll. Bahulu bahulu layer dan roll agak sukar ditemui di supermarket untuk kuih tradisional ditempah dari kilangnya.

Bahan-bahan:
--6 biji telur
--Gula kastor175g
--Tepung gandum 120g
--Tepung self-raising 120g
--1 ½ sdt baking powder
--1 ½ sudu besar minyak jagung.
 
Cara-cara membuatnya:
--Minyak ringan baulu cetakkan dengan minyak jagung dan menepatkannya dalam ketuhar pada suhu 250°c. --Kocok telur dan gula dengan pemukul tangan kuasa sampai campuran yang lembut dan halus. --Ayak kedua-dua jenis tepung dan serbuk penaik ke dalam campuran telur.


--Aduk rata lalu tambahkan mencampur koil jagung ke dalam adunan. --Cukup sendok adonan ke dalam cetakan dipanaskan dan bakar selama 10 minit atau hingga baulu kulit berwarna coklat keemasan.

Kuih Tart


> Kuih Tart Nanas merujuk pada kuih yang dibuat daripada tepung dan mentega. Biasanya campuran tepung yang digunakan adalah manis. Untuk membuat kuih tart nanas, kita harus mengisinya dengan mentega yang terbuat dari nenas. Beberapa orang menaruh nanas tart dalam biskut kerana penggunaan adunan / tepung di kulitnya.

> Nenes kuih tart adalah kuih yang popular di Brunei, Malaysia dan Singapura. Ini adalah kuih yang diperbuat dengan tepung dan mentega. Biasanya campuran tepung yang digunakan adalah manis, sebagai teras manis. Untuk nanas asam, ia memiliki inti yang diperbuat daripada mentega nanas.

kuih tart nanas biasanya dibuat hanya semasa musim perayaan seperti hari cuti dan bukan pada hari yang normal. Kuih Tart Nanas yang dibuat dengan campuran tepung dan campuran untuk membentuk adunan margerin.

> Setelah pencampuran, adonan menjadi lembut dan adunan akan dicanai diuli dengan rol bergigi untuk membentuk bergigi. Setelah itu, kita harus potongnya dengan ukuran yang dikehendaki. Sebagai perhiasan yang terakhir, kuning telur diterapkan di atas warna kuning emas. Saiz kuih tart nanas biasanya dianggarkan semuat suapan yang mudah dikonsumsi.

kuih Tart nanas biasanya banyak dijual secara meluas semasa musim perayaan. Dalam keadaan normal, tidak tersedia untuk dijual.

Bahan-bahan:
Inti:


--2 nanas,senarai belanja empat
--120g gula kastor
--1 sdt jus limau
--2 daun pandan

Tepung Kuih:

--350g tepung gandum, diayak
--200g mentega
--25g gula icing senarai belanja
--2 kuning telur
--Garam

Cara-cara membutanya:

--Tempatkan pada kain periuk dan tambah semua bahan-bahan itu dan masak di api kecil sampai menjadi tebal dan emas.
--Buatlah bola kecil
--Kocok mentega,gula,kuning telur dan garam hingga mengembang.
--Ganda di tepung
--Campur adunan dengan baik dan dinginkan selama 30 minit.
--Panaskan di ketuhar hingga 180 darjah Celsius.
--Jalur 2 loyang biskut dan minyak itu.
--Giling adonan tepung kurang dari 1 cm tebal.
--Membuat bentuk kuih tat.Atur di atas dulang.
--Letak inti di tengah.
--Panggang selama 20 minit
--Tenang di rak kawat sebelum menyimpanya

Rendang


> Rendang adalah masakan yang berasal dari kumpulan etnik Minangkabau Indonesia, dan sekarang umumnya dilayani di seluruh negara [2] Salah satu makanan istimewa budaya Minangkabau, itu disajikan pada acara-acara istiadat dan untuk menghormati tetamu .. Juga popular di Malaysia dan Singapura, rendang secara tradisional disusun oleh masyarakat Malaysia selama perayaan. Rendang Walaupun kadang-kadang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama ini kadang-kadang digunakan untuk hidangan daging kari di Malaysia, rendang otentik apa-apa seperti kari Dalam sastera klasik Malaysia, rendang disebutkan dalam Hikayat Amir Hamzah . seawal tahun 1550-an.

> Ada dua jenis rendang: kering dan basah. Rendang kering boleh disimpan selama 3-4 bulan, dan itu untuk acara-acara istiadat atau untuk menghormati tetamu. Rendang basah, juga dikenali sebagai kalio, boleh ditemui di Restoran Minangkabau, dan tanpa pendingin, harus dikonsumsi dalam waktu satu bulan.

Rendang sering dihidangkan dengan nasi, ketupat dan lemang di Indonesia, serta di Malaysia.

Bahan-bahan:

--1 ½ daging lembu tanpa tulang rusuk pendek
--5 sudu makan minyak goreng
--1 batang kayu manis
--3 buah kapulaga
--1 serai
--susu 1 cawan santan pekat
--1 cawan air
--2 sudu asam
--6 daun limau perut
--6 sdm kerisik
--1 sudu makan gula

Cara-cara membuatnya:

--Potong bahan bumbu yang dihaluskan dan kemudian berbaur dalam food prosessor sampai halus.
--Panaskan minyak dalam periuk rebusan, tambah bumbu yang sudah dihaluskan.kayu manis,cengkih,bunga lawang,dan tumis mereka sampai aromatik.
--Tambah daging lembu dan serai ditumbuk dan kacau selama 1 minit.
--Tambahkan santan air asam dan didihkan dengan api sedang sambil diaduk sampai daging hamper matang.
--Tambah daun limau perut,kerisik,gula,aduk sampai tercampur rata dengan daging.
--Kecilkan api ke rendah, tutup tudung, dan biarkan mendidih selama 1 hingga 1 ½ jam atau sampai daging benar-benar lembut dan sos telah mongering.

Lontong

> Lontong adalah hidangan Asia yang diperbuat daripada beras mampatan yang kemudian dipotong menjadi kuih kecil.
Hangat di Indonesia dan Malaysia, hidangan biasanya dihidangkan sejuk atau pada suhu bilik dengan lauk sos berasaskan seperti gado-gado dan salad, walaupun boleh dimakan sebagai iringan untuk masakan lain seperti Sate dan kari. Hal ini juga digunakan dalam Soto sebagai alternatif untuk mie sohun.

> Lontong secara tradisional dibuat dengan perebusan beras sampai setengah matang dan pembungkusan erat-erat ke dalam daun pisang yang digulung. Daun dijanjikan dan dimasak dalam air mendidih selama sekitar 90 minit. Setelah beras disalut telah disejukkan, itu bisa dipotong-potong seukuran gigitan.

Bahan-bahan:

--400g kelapa parut
--200ml air suam
--30g cili kering
--400g udang kering
--10g kunyit
--Sengkuang 200g kacang
--50g kobis
--20g serai
--200g tahu
--800g beras kuih
--4 sudu besar kelapa parut (Digoreng dalam kuali)
--Garam secukupnya

Cara-cara membuatnya:

--Campurkan parutan kelapa dengan air hangat.
--Perahkan santan.
--Panaskan 6 sdm minyak dalam wajan sampai panas.
--Tanah tumis cili kering,udang kering,kunyit dan kemiri sampai wangi.
--Tuang santan dan didihkan dengan api sedang.
--Tambah kacang sengkuang, kacang panjang dihiris kasar dan garam.
--Atur kuih beras dikompressi pada melayani piring.
--Tambah sayur kari kemudian taburi dengan kelapa parut.
--Atas telur dibelah dua.
--Sajikan dengan cabai pate bagi mereka yang suka panas.