Wednesday, 12 June 2013


Patin Masak Tempoyak Resepi Orang Kampung Pahang



Assalamualaikum.
baru2 ini kami pergi ke Temerloh ada kenduri kawan dekat sana. Jadi dah sampai kat Temerloh ni kami try la makanan yang popular dekat negeri Pahang iaitu gulai tempoyak ikan patin memang popular dekat Temerloh ni...perrrhhhh!!!!!!
memang sedap bak hang...oop!!! sampai terkeluar cakap utara...heheheh


Ikan Patin Masak Tempoyak
Resepi : pakat mai makan


Bahan :
1 ekor ikan patin 
5 biji cili padi - nak pedas letak lebih
1 inci kunyit hidup
3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih 
1kuntum bunga kantan - belah 2 
sedikit daun kesum 
1 keping asam keping jika perlu 
garam secukup rasa

Cara :
Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yg diingini.
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa @ asam limau. 
Mas rendam ikan patin dengan cuka kurma.
Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.
Tumbuk cili padi dan kunyit.  
Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk dan bunga kantan. 
Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan patin. Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.
Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keeping.

No comments:

Post a Comment